Wednesday, July 8, 2009

nasi dagang

resepi utuk 10 orang makan !

4 cawan beras biasa pilihan anda hari hari
1 cawan beras pulut (bawak dari tanah air.ade kat jordan ke?)
2 packet santan. 1 packet buat santan cair ( tambah 5 cawan air), lagi 1 packet buat santan pekat
(yang pekat ni nnt kena campur dengan :
1.halia 1 inci(potong panjang dan nipis)
2.bawang merah /besar (pandai pandai lah bajet banyak mane.he heh)
3.halba (1 sudu.bawak dari tanah air)
4.setengah sudu garam
5.1 sudu gula

*nama lain bagi santan pekat "kepala santan" heh?

cara-caranya:
beras biasa dan berus pulut direndam semalaman.(basuh beras jgn lupa hoih !!)
didihkan air dalam periuk untuk mengukus
bila dah didih, letak beras dlm periuk.biarkan lebih kurang 40 minutes. ( macam mana nak tau beras dah masak ke tak?? bila asap or wap wap dah keluar dari periuk )
bila dah nampak macam dah nak masak, balik balik kan beras guna sudip.he heh.tutup sekejap lagi kemudian angkat dan letak dalam bekas laen.

kemudian, gaul beras tadi dengan santan yang cair.biar kan sampai santan dalam bekas tu kering (as beras tadi akan menyerap santan.menganbil masa lebih kurang 1/2 jam)

selepas tu, masuk kan balik beras tadi dalam periuk dan kukus lagi lebih kurang 30 minute(tengok keadaan.pandai pandailah). bila dah masak, terus letak kan beras ke dalam bekas.kemudian gaul kan dengan santan pekat tadi (kepala santan).bila dah ter gaul secukupnya, ratakan dan tutup nasi dengan daun pisang kalau ada.ade ke?

dah setel bab nasi.cerewetnye sebab kena kukus dua kali.

untuk gulai ikan tongkol, haih mana nak cari ikan fresh kat jordan? ayam je lah.

kalau ikan, kena kukus dulu (kukus lagi?).kukus dengan asam keping dan sedikit garam.(kenapa kena kukus dulu? sbb xnak kasi isi ikan becerai nanti.heh?)

tumis bawang merah, bawang putih, halia, lada.bila dah masak sket, masukkan rempah gulai bawak dari tanah air (bukan rempah kari.bukan! )
kemudian tambah santan.seterusnya masukkan gula atau gula melaka.letak garam secukup rasa.bila dah masak, boleh lah masuk kan ikan yang telah dikukus dan tambah cili padi utk rasa lebih sedap.

siap!