Saturday, September 19, 2009

raya

ya Allah...
bulan Ramadhan yg mulia ini akan meninggalkan kami.Ampunkan dosa-dosa kami, terimalah doa kami,ibadah puasa kami, sedekah kami dan amalan yang telah kami lakukan.Dan berilah kami kesempatan untuk menyambut Ramadhan yang akan datang.ameen.



p/s: lagu raya everywhere! selamat hari raya, maaf zahir batin :)

Monday, September 7, 2009

Malam malam akhir

Pejam celik hari ni dah 17 Ramadhan.Nuzul Qur'an dekat Malaysia sekolah semua cuti rupanye.Masa berlalu sgt cepat rasa semalam baru balik Malaysia.Hari ni dah seminggu berpuasa kat sini.Rasa macam sekejap je dah lebih separuh Ramadhan dilalui.

Daripada Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan menjadi Kiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti percikan api." H.R Tirmizi.

Renung renung kan.

Lepas terawikh dekat surau semalam ada lah ustaz ni bagi tazkirah.Katanya “Masa malam nisfu Sya’ban kita doa mohon pada Allah supaya panjang kan umur kita”

Tapi dalam surah Al munaafiqun,ayat 11 “ Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”

Dah tu, macam mana?

Maksudnya kat sini, kita mohon pada Allah smoga amalan kita mendapat pahala dan ganjaran lebih dari umur kita.

Boleh ke macam tu?.

"Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun)."

Ni lah peluang kita untuk panjang kan umur kita.Sama sama lah kita hidupkan malam malam akhir Ramadhan

Allahumma balighna lailatul qadr.