Tuesday, February 9, 2010

Great

Kubu Salahuddin Al Ayubi kat mana mana pon ade?.Tahun satu masa jelajah jordan dengar dengar cerita pasal Salahuddin Al Ayubi, tahun 2 pergi Syria ada kubu Salahuddin Al Ayubi, tahun 4 pergi mesir pon ada kubu Salahuddin Al Ayubi.Hebat ke dia?

Baru habis baca novel Salahuddin Al Ayubi,penakluk Jerusalem oleh Abdul Latip Talib.(menyahut seruan PERMAI.mari membaca! fuh :D ). Terjawab dah semua persoalan.Memang hebat. (kesian pulok sekarang baru tahu)

Tertarik dengan kata kata nya bila semua orang puji kehebatan beliau,

"Segala puji pujian itu hanya kepada Allah.Kita hanya manusia biasa yang punya kelebihan dan kelemahan masing masing.Semoga ramai mendapat manfaat sekiranya Tuhan mengurniakan kelebihan kepada kita serta tidak menyusahkan orang lain apabila ada kelemahan"

so, Belajar terima kekurangan orang lain, cuba baiki kurang kita, syukur dengan lebihnye kita.tak yah rasa bagus :D


ps- minggu ni round kat hosp.Rahmah.Docter baik setakat hari ini.Gastroenteritis, pneumonia,bronchiolitis, seizure ade lah case yang boleh jumpa hari hari .

No comments: